Bab 4
Hanna berlari laju.Habis semua orang dirempuhnya.Dia tidak peduli,yang penting dia harus segera sampai ke bilik guru.Baru sebentar tadi Yana memberitahunya Cikgu Fadilah ingin berjumpa dengannya.Pasti tentang perlantikan pengawas baru.Aduh!memang tak senang duduk dia dibuatnya.Apa tidaknya baru hendak menyua makanan ke mulut,namanya sudah diseru-seru.Riana yang berada disebelahnya ketika itu hanya mampu terkebil-kebil memandangnya.Nasiblah kau Hanna...
Buk!Hanna jatuh terduduk.Di hadapannya habis berterabur barang-barang kepunyaan seseorang yang dilanggarnya.Hanna segera mendongak.
“Minta maaf...Encik tak apa-apa?”Hanna bangun segera.Barang-barang milik lelaki itu cepat-cepat dikutip.Rasa bersalah mula menerpa.
Lelaki awal 50-an itu tersenyum memandangnya sambil menggelengkan kepalanya.Tanda dia tidak ambil hati atas kejadian itu.Fail yang dihulur Hanna segera disambut.Sekaligus melegakan perasaan bersalah Hanna.
“Tak apa,nak.Boleh pak cik tumpang tanya?”Soal lelaki itu.Di belakangnya Hanna dapat melihat seseorang dengan wajah yang masam mencuka.Hanna pantas mengalihkan pandangannya,menyampah pula dia melihat wajah yang diandai sombong itu.Langsung tiada segarit senyuman.Muka macam tapai basi pun ada, desis hati kecilnya.
Pandangannya dihalakan pada lelaki di hadapannya.Wajah lelaki yang hampir sebaya dengan ayahnya nampak baik dan lembut.Hanna menghulur senyum lantas mengangguk.
“Pak cik nak tanya,pejabat pengetua kat mana,ya?Pak cik ada urusan dengan Encik Lutfi,”tanya lelaki itu sopan.
“Oh,pejabat pengetua...Pak cik naik bangunan ni,lepas tu belok kanan.Hmm...tak pun susah-susah biar saya tunjukkan pada Pak cik...tapi boleh saya tahu nama Pak cik?”Hanna mempelawa.Kasihan pula dia melihat orang tua itu.Pasti terkial-kial mencari bilik Encik Lutfi nanti.Bilik pengetua memang sedikit tersorok dari pandangan.
“Minta maaf,pak cik lupa nak perkenalkan diri.Nama pak cik Amin,”Pak Amin lantas memperkenalkan dirinya.Serba salah pula dia dibuatnya.Dia menoleh sekilas belakangnya.Wajah anak muda itu masih keruh seperti tadi.Semenjak mula perjalanan hinggalah mereka tiba di sekolah yang tersergam indah ini,tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.Naik bingung Pak Amin memikir.
Dia menghantar anak itu pun atas arahan majikannya,Dato’ Amsyar.Dalam hati Pak Amin sedih juga kerana anak itu tidak dihantar sendiri oleh bapanya.Alasan Dato’Amsyar tadi dia tidak sempat menghantar sendiri anaknya kerana mengejar masa untuk terbang ke Hong Kong pagi ini.Pak Amin hanya mampu menurut kata.
Tugasnya hanya perlu menghantar Fadzriq Damian ke sekolah ini dan selebihnya akan diuruskan oleh Encik Lutfi yang sememangnya punya hubungan keluarga dengan Dato’Amsyar.Risau juga Pak Amin melihat Fadzriq,diam memanjang.Namun jauh di sudut hati dia tahu Fadzriq tidak sukakan keputusan ayahnya yang memaksa dia untuk tukar sekolah.Lebih-lebih lagi sekolah ini di pedalaman dan jauh pula dari segala kemudahan.
“Err...Pak Amin,marilah saya tunjukkan Pak Amin bilik pengetua tu,”Kata-kata Hanna membuatkan Pak Amin tersentak.Jauh sungguh dia mengelamun.Tanpa membuang masa dia menarik beg roda di sisinya dan mengikuti langkah Hanna.
Hanna bergegas ke kelas bila loceng sudah berbunyi.Hal Pak Amin sudah beres.Waktu rehat telah habis dan perjumpaan bersama Cikgu Fadilah juga telah selesai.Pening kepala dia dibuatnya.Apa tidaknya dia perlu menyiapkan minit mesyuarat untuk perjumpaan pengawas secepat yang mungkin.Dua hari lagi jawatankuasa tertinggi beserta guru-guru penasihat akan berkumpul.Macam-macam perkara yang bakal dirombak dan salah satunya ialah mengenai pelantikan pengawas baru dari Tingkatan 4,mereka perlu ditemu duga bagi menentukan yang mereka benar-benar layak untuk memegang jawatan itu.
Sampai sahaja di kelas,guru Matematik Modennya sudah sedia menunggu.Hanna pantas sahaja menuju ke tempat duduknya.Riana dari awal lagi dia memasuki kelas 5 Thomas itu sudah tersengih memanjang memandangnya.Ada bendalah tu...Rianakan reporter tak bergaji sekolah,pasti ada cerita di sebalik sengih bak kerang busuk Riana.Dia sudah arif sangat.
“Okey,kelas...bagi tumpuan sekarang.Kelas kita terima pelajar baru...saya nak kamu semua please welcome him,ok?”Suara Cikgu Zafrul merangkap guru kelasnya bergema kuat.Seluruh kelas yang tadinya sedikit bising kembali senyap,menumpukan sepenuh perhatian pada kehadiran murid baru itu.
Student baru?Hanna terasa pelik.Macam mana boleh ada student baru ni, form five pulak tu?Setahunya hanya tingkatan 1 dan 4 sahaja yang ada pengambilan pelajar baru.Sejak bila pula Encik Lutfi tukar sistem ni?Sudah terang-terang Sekolah Berasrama Penuh ada sistem pengambilan pelajar.Hish,pelik...pelik...Hanna melayan kata hatinya sendiri.
Hanna terkejut ketika Riana menyinggul lengannya.Dia berpaling dan wajah teman di sebelah dipandang hairan.
“Kenapa?”Soalnya perlahan.Khuatir Cikgu Zafrul terdengar,sudahlah memang pantang guru itu jika ada pelajar yang berbual semasa dia mengajar.Nanti tak pasal kena menyanyi lagu sekolah tengah dataran perhimpunan...
Riana tidak menjawab sebaliknya matanya tepat memandang pelajar baru yang sedang melangkah keluar ke depan kelas.Tidak berkelip mata sahabatnya itu.Sawan ke apa minah sorang ni.Hanna turut menghalakan pandangannya ke arah yang sama.Pantas dia menekup mulut.Ya Allah,kenapa mesti dia?
“Assalamulaikum,nama saya Fadzriq Damian Dato’Amsyar,asal KL,”pelajar itu memperkenalkan diri.Gayanya penuh lagak hingga menyebabkan Hanna berasa teramat jengkel melihatnya.Meluat...kerek nak mati,perlu ke mention anak Dato’ bila perkenalkan diri?Hanna sedikit mendengus.Dari awal pertemuannya dengan Fadzriq dia sudah tidak berkenan dengan cara yang dipamerkan lelaki itu.Berlagak sangat.Macamlah bapak kau sorang yang pegang title Dato’ tu.
“Handsomenya dia Hanna.Kalau aku nak jadik calon awek dia boleh tak?Layak tak aku,Na?”Riana berbisik perlahan ketika Fadzriq melewati mereka untuk duduk ke tempatnya kembali.Matanya tidak sedikit pun lepas menatap langkah yang diatur Fadzriq.
Hanna menjungkit bahu.Handsome?Tolonglah,wahai Rianaku sayang...Baginya tidak guna paras secantik mana jika perangai busuk mengalahkan sampah.
“Ri,tolonglah jangan malukan aku,ingat kita ni wanita –wanita budiman jadi kau ni tolong,ya...behave sikit,”ujar Hanna sambil memalingkan wajah Riana dari memandang Fadzriq.Dalam masa yang Hanna perasan jelingan tajam yang dihadiahkan lelaki itu buatnya.Pasti kerana hal tadi...Ah,sudah...memang tempah masalahlah aku.Lantas fikirannya melayang teringatkan peristiwa yang berlaku ...
Dia berjalan pantas.Selesai makan dia terburu-buru keluar.Solat Zuhurnya belum ditunaikan lagi.Sekarang sudah hampir 2.15,kelasnya bermula tepat jam 2.30 petang.Riana awal-awal sudah meninggalkannya kerana ibunya datang melawat sebentar tadi.
Terasa jauh pula surau hari ini,pada hal jika diikutkan jarak surau hanyalah beberapa meter sahaja dari Dewan Makan.Hanna menggaru kepalanya perlahan.Banyak betul benda di otaknya kini,berserabut...kerja sekolah bertimbun,hal berkenaan badan pengawas dan tidak lama lagi sekolah akan mengadakan temasya sukan tahunan,semakin menggununglah kerjanya.
Buk!Tanpa sedar dia melanggar seseorang lagi.Hanna mengeluh,apalah yang tidak kena dengannya hari ini,asyik terlanggar orang sahaja.Hanna memandang barang-barang yang berterabur di hadapannya.Dia seakan bingung dengan apa yang terjadi.
“Sorry!”Hanna mendongak dan memandang empunya tubuh yang dilanggarnya.Sedikit terkejut namun dia hanya beriak selamba.Dia ingin segera berlalu namun terfikir betapa tidak wajar tindakan yang diambilnya.Dia berpaling...
“Memang kerja kau kat sini langgar orang aje ke?”Sinis suara itu kedengaran.Wajah gadis dihadapannya itu dipandang tajam.
Hanna hanya diam.Sedikit pun dia tidak membalas.Yang pasti wajah garang itu dipandang tanpa perasaan.Gayanya seperti orang bodoh sahaja.
“Kan dah cakap sorry,tadi...tak dengar ke?”ujar Hanna perlahan seraya tunduk mengutip barang yang terjatuh di atas tanah.Malas mahu dilayan orang sombong seperti ini,nanti hatinya juga yang panas.
“Kau ingat kalau cakap macam tu settle semua masalah?Dasar bodoh,tak ada otak,”herdik Fadzriq kuat.Orang-orang yang lalu di sekitar itu semua memandang mereka.Mungkin tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku antara mereka.
Hanna dipandang dengan hati yang membara,sudahlah dia benci dengan perpindahan ke sekolah ini dan sekarang ada pula yang sudi mencari pasal dengannya.Memang sengaja menempah bala...
Hanna terkejut,tidak disangka Fadzriq akan melontarkan kata-kata sekesat itu.Memang diakui salahnya,tapi bukankah dia telah meminta maaf tadi?Dan sekarang apa yang sedang dilakukannya?Bukankah dia sedang menebus kesalahannya dengan mengutip barang-barang lelaki itu?
Wajah Hanna sudah memerah.Malu dan marah bercampur baur.Jika tidak difikirkan mereka sedang di khalayak ramai dan semua mata sedang bertumpu ke arah mereka mahu sahaja pipi Fadzriq ditampar.Biar lelaki itu tahu pedih seperti itulah hatinya kini.
“Tengok apa kau dah buat,habis kotor semua baju aku.Kau ni memang bebal nak mati,tahu tak?”Fadzriq menyambung lagi.Cuma nadanya tidak setinggi tadi.Matanya terhenti pada sehelai bajunya yang betul-betul berada di dalam lopak air.Warna biru cerah baju itu sudah bertukar kekuningan kerana lumpur yang terpalit.Semakin panas hati dibuatnya.Dia juga sebal dengan Pak Amin yang hilang kelibatnya dari tadi,kalau pemandunya itu menghantar terus dia ke asrama lelaki tadi tentu dia tidak akan bertemu dengan perempuan bodoh ini.
Hanna ikut memandang ke arah yang sama.Pantas sahaja langkah diorak menuju ke situ.T-shirt itu dicapai dan dia menuju semula ke tempat Fadzriq berdiri.
“Kau kata aku bebal,ya...aku rasa aku tak cukup bebal kalau aku tak buat ni.”Baju itu dicampak tepat ke muka Fadzriq.Wajah Fadzriq yang dipenuhi lumpur membuatkan hatinya puas dengan penghinaan yang dilontarkan kepadanya.Padan muka!Serentak itu kakinya laju berjalan laju meninggalkan lelaki itu.Suara pekikan Fadzriq tidak diendahkan langsung...memang itu balasan terbaik untuk orang yang tiada adab seperti itu.
No comments:
Post a Comment